11 maut dalam operasi besar-besaran polis Brazil

11 maut dalam operasi besar-besaran polis Brazil

RIO DE JANEIRO, 21 Nov – Polis Brazil melancarkan operasi besar-besaran kelmarin di kawasan miskin di Rio yang dikenali dengan gelaran ‘Bandar Raya Tuhan’, yang menyaksikan tujuh remaja ditemui dibunuh sehari selepas empat pegawai polis maut dalam nahas helikopter di kawasan berhampiran.

Ketua Keselamatan Rio, Roberto Sa, menggambarkan operasi keselamatan awam, yang turut membabitkan kereta perisai, sebagai tiada sempadan.

“Seluruh kawasan ini sudah dikepung polis,” kata seorang penduduk di wilayah itu memberitahu AFP melalui telefon.

Sa memberitahu sidang akhbar tujuh mayat remaja yang hilang malam Sabtu lalu ditemui pada Ahad di dalam paya, wilayah paling sukar dimasuki, dikenali sebagai setinggan.

Penduduk tempatan menuduh polis membunuh mereka kerana ada kesan penderaan pada mayat, lapor berita G1.

Polis peronda semasa operasi anti-dadah berada di sepanjang kaki lima di Cidade de Deus, tempat setinggan di Rio de Janeiro, Brazil, kelmarin. - AP
Polis peronda semasa operasi anti-dadah berada di sepanjang kaki lima di Cidade de Deus, tempat setinggan di Rio de Janeiro, Brazil, kelmarin. – AP

Sa berkata, beliau tiada maklumat mengenai kematian itu, menambah “salah laku polis tidak akan dibiarkan atau tidak dihukum”.

Namun katanya, penduduk terlalu cepat menuduh polis mencabul hak sebelum memperoleh semua fakta, dan menyatakan 124 anggota polis dibunuh tahun ini di Rio.

Sekurang-kurangnya tiga ditahan dalam operasi terbaru itu, kata polis, menambah dadah dan senjata juga dirampas. Rio, rumah kepada 6.5 juta orang dan ketidaksamaan sosial yang drastik, yang mengalami kadar jenayah yang tinggi, menjadi lebih teruk dengan adanya kumpulan-kumpulan bersenjata dari pengedar dadah, tetapi juga dengan kehadiran militia separa tentera. – AFP