11 maut dalam pertempuran babitkan kumpulan bersenjata

CARACAS, 12 Sept – Pertempuran antara pasukan tentera Venezuela dengan kumpulan bersenjata menyebabkan 11 orang terbunuh di Tumeremo, sebuah bandar di selatan Bolivar, lapor agensi berita China Xinhua.

Kejadian berlaku pada pukul 11 pagi (1500 GMT) Ahad ketika anggota tentera melakukan rondaan, kata Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

Pasukan tentera itu diserang sekumpulan lelaki bersenjata sekali gus mencetuskan pertempuran.

Pihak berkuasa dan pakar forensik menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mayat selain mengesan pihak yang bertanggungjawab. – Bernama