11 maut dalam satu serangan bom

11 maut dalam satu serangan bom

BAGHDAD, 5 Julai (Reuters) – Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam serangan dua bom kereta di ibu negara Iraq hari ini ketika umat Islam sedang berbuka puasa di bulan Ramadan.

Bom kereta pertama meledak di daerah utama puak Syiah di bandar barat daya Amil menyebabkan lapan orang maut manakala 27 lagi cedera.

Satu lagi bom kereta meletup di sebuah tempat simpanan bas di bandar selatan Doura menyebabkan tiga maut.

Terdahulu, di timur laut Baghdad pula di pekan Balad Roz, bom kereta ketiga meledak menyebabkan dua terkorban, demikian menurut polis tempatan.

Setakat ini tiada pihak yang tampil bertanggungjawab atas kejadian itu namun askar kumpulan Negara Islam (IS) menguasai hampir keseluruhan kawasan di barat dan utara Iran yang sering menyerang ibu negara menggunakan bom kereta.