11 maut kemalangan jalan raya di India

11 maut kemalangan jalan raya di India

NEW DELHI, 23 Mei (Xinhua) – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan tujuh yang lain cedera selepas sebuah kenderaan yang membawa penumpang itu merempuh sebuah lori di utara negara bahagian India Punjab, kata pegawai hari ini.

Kemalangan itu berlaku semalam di Amritsar, kota suci masyarakat Sikh.

“Seramai 11 orang terbunuh dan tujuh cedera semalam, selepas kenderaan mereka merempuh sebuah lori di Amritsar,” kata seorang pegawai polis.

Mangsa adalah jemaah yang sedang dalam perjalanan ke Kuil Emas, kuil suci masyarakat Sikh.

Mangsa yang cedera telah dimasukkan ke sebuah hospital di Amritsar.

Pada Juma’at lalu, 14 orang terbunuh dan 31 yang lain cedera selepas sebuah bas yang dinaiki mereka telah tergelincir di jalan pergunungan dan masuk ke dalam gaung yang dalam di negara jiran Himachal Pradesh.

Kemalangan jalan raya maut kerap berlaku di India yang biasanya disebabkan oleh lebihan muatan, keadaan jalan raya yang buruk dan memandu dengan cuai.

ARTIKEL YANG SAMA