11 maut ketika festival Hindu

11 maut ketika festival Hindu

PATNA, India, 10 Ogos (Agensi) – Kejadian rempuhan di sebuah kuil ketika festival agama Hindu telah mengakibatkan kira-kira 11 orang jemaah terbunuh dan berbelas-belas orang tercedera awal hari ini di timur India, menurut polis.

Beribu-ribu orang cuba mengasak untuk memasuki kuil apabila pagarnya dibuka pada waktu subuh di Deoghar, sebuah bandar di negeri Jharkhand, menurut pegawai polis Subodh Kumar.

Kira-kira 11 orang jemaah, termasuklah empat orang wanita dan 24 orang lagi tercedera, menurut Kumar. Mereka yang tercedera dirawat di hospital setempat.

Menurutnya berpuluh-puluh ribu orang menyertai festival sebulan di kuil Shiva, pemusnah, salah satu dewa utama agama Hindu.

Nidhi Kumari, seorang jemaah yang menanti untuk memasuki kuil itu berkata “tiba-tiba berlaku asakan, dan kami semua terjatuh,” Dia berjaya melepaskan diri dari asakan itu.

Salah seorang yang cedera dibawa ke hospital di Ranchi, India. – Reuters
Salah seorang yang cedera dibawa ke hospital di Ranchi, India. – Reuters

Dilip KUmar, seorang lagi penganut, berkata dia menyelamatkan dirinya dengan berlari jauh dari orang ramai di bandar itu, 255 kilometer selatan Pana, bandar negeri Bihar.

Rempuhan yang mengakibatkan kematian agak lumrah ketika festival agama di India, yang mana orang ramai berhimpun di kawasan kecil dengan beberapa langkah keselamatan dan kawalan orang ramai.

Pada bulan Julai 27 orang terbunuh apabila sepuluh ribu orang jemaah menyertai festival mandi keagamaan Hindu, yang mengakibatkan rempuhan beramai-ramai di tebing sungai di selatan negeri Andhra Pradesh, India.

Pada Oktober 2013, rempuhan di negeri Madhya Pradesh di tengah India telah membunuh lebih 110 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

ARTIKEL YANG SAMA