11 maut pergaduhan suku kaum PNG

11 maut pergaduhan suku kaum PNG

SYDNEY, 16 Julai – Sebelas orang terbunuh dan “ramai” tercedera dalam pergaduhan antara dua suku kaum yang berperang di hutan terpencil Papua New Guinea (PNG), menurut laporan hari ini.

Antara yang terbunuh ialah dua orang kanak-kanak dan wanita yang sarat mengandung, lapor PNG Post-Courier, dengan senapang berkuasa tinggi digunakan untuk menyerang kampung-kampung di kawasan hutan yang hanya boleh didatangi dengan helikopter di barat negara Pasifik tersebut.

Surat khabar National melaporkan “ramai lagi” yang mengalami kecederaan.

Pemerintah polis Tanah Tinggi Barat Superintenden Martin Lakari memberitahu media tempatan bahawa pihak berkuasa sedaya upaya berusaha menghentikan pembunuhan di kalangan suku kaum Kukurin dan Yapetalin kerana itu adalah kawasan terasing.

“Saya membawa pertelagahan berdarah suku kaum ini kepada perhatian orang awam kerana ia berlaku di bahagian negara kami yang paling terpencil yang hanya boleh didatangi dengan helikopter, dan tidak ada yang dilakukan untuk menghalang kehilangan nyawa yang tidak bersalah,” katanya.

Anggota keselamatan PNG dalam keadaan bersiap siaga berikutan insiden pergaduhan antara dua suku kaum yang menyebabkan seramai sebelas orang maut. – AFP
Anggota keselamatan PNG dalam keadaan bersiap siaga berikutan insiden pergaduhan antara dua suku kaum yang menyebabkan seramai sebelas orang maut. – AFP

“Sebab itu agensi-agensi penguat kuasa undang-undang belum melakukan banyak dan kini pertelagahan telah sampai ke Tanah Tinggi Barat tempat letaknya sekolah rendah Kokowa dan pusat kesihatan di kawasan Ruti Ukuni Maiwa di daerah Baiyer telah musnah sepenuhnya.”

National melaporkan suku kaum Kukurin membalas selepas lima anggota mereka dibunuh dalam bulan Jun lalu, dengan membunuh enam orang anggota suku kaum Yapetalin.

Tidak jelas apakah yang mencetuskan pertempuran itu tetapi menurut Post-Courier suku kaum itu telah bertelagah selama 30 tahun “dengan penduduk besar lelaki telah hapus dan ramai bilangan wanita di kedua-dua belah suku kaum itu.”

PNG adalah sebuah negara berselerak, yang mana ramai masih menjalani kehidupan tradisional dan menyara hidup di kawasan-kawasan terpencil. – AFP