11 maut serangan bom kereta

11 maut serangan bom kereta

ISTANBUL, 7 Jun – Sebuah bom kereta meletup di sebuah bas polis berhampiran pusat bersejarah di Istanbul hari ini membunuh tujuh pegawai dan empat orang awam dalam serangan terbaru di bandar terbesar di Turki.

Bom kawalan jauh itu meletup, di mana anggota polis sedang dibawa balik menggunakan pengangkutan bas di daerah Beyazit di Istanbul, berhampiran dengan banyak tempat pelancongan utama di bandar ini, gabenor Istanbul Vasip Sahin berkata di televisyen Turki.

Tiga puluh enam orang cedera, tiga daripadanya parah, katanya.

Pasukan bomba dan ambulan telah dihantar ke tempat kejadian. Menurut pe-nemuan awal, seramai lima orang mengalami kecederaan, agensi berita Dogan melaporkan.

Laporan itu juga berkata letupan itu berlaku berdekatan dengan stesen metro Vezeciler, yang terletak dalam jarak berjalan kaki dari beberapa tempat menarik utama di pusat bersejarah termasuk Masjid Suleymaniye.

Seorang pegawai polis Turki berdiri mengawal tempat kejadian berhampiran tapak serangan bom yang mensasarkan perkhidmatan ulang-alik bas yang membawa polis di daerah Vezneciler di Istanbul semalam. - AFP
Seorang pegawai polis Turki berdiri mengawal tempat kejadian berhampiran tapak serangan bom yang mensasarkan perkhidmatan ulang-alik bas yang membawa polis di daerah Vezneciler di Istanbul semalam. – AFP

Gambar menunjukkan bahawa kedai-kedai berdekatan yang memiliki tingkap depan mereka pecah disebabkan oleh letupan tersebut.

Sejak awal tahun ini, Turki telah dilanda satu urutan serangan yang telah menggegarkan rakyat dan juga menyebabkan sektor pelancongan semakin merosot.

Dua letupan berasingan di Ankara dituntut oleh Kurdistan Freedom Falcons (TAK) – kumpulan Parti radikal yang lebih dikenali sebagai Parti Pekerja Kurdistan (PKK) – pada awal tahun ini membunuh puluhan nyawa.

Bulan lalu, sekurang-kurangnya lapan orang termasuk anggota tentera cedera oleh bom kereta yang diletupkan dari jauh yang menyasarkan kenderaan tentera di Istanbul yang dituntut oleh PKK. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA