11 militan disyaki terbunuh di Bangladesh

11 militan disyaki terbunuh di Bangladesh

NEW DELHI, 9 Okt – Pasukan keselamatan di Bangladesh membunuh kira-kira 11 orang militan yang disyaki dalam tiga serbuan berasingan semalam dalam tindakan yang sedang dijalankan ke atas pelampau Islamic State (IS) di negara Asia Selatan, menurut seorang pegawai tertinggi kerajaan.

Para tersangka itu adalah anggota kumpulan yang diharamkan, Jumatul Mujahedeen Bangladesh (JMB) yang mana disyaki oleh kerajaan bertanggungjawab di atas serangan maut pada Julai lalu di sebuah restoran di Dhaka, ibu negara, menurut Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan.

Lelaki-lelaki itu terbunuh dalam operasi-operasi pinggir kota Dhaka, Gazipur dan daerah tengah Tangail, menurut Khan.

Anggota Bersenjata Khas dan Taktik Bangladesh (SWAT) kembali selepas serbuan di Gazipur, Bangladesh, kelmarin. – AP
Anggota Bersenjata Khas dan Taktik Bangladesh (SWAT) kembali selepas serbuan di Gazipur, Bangladesh, kelmarin. – AP

Para pegawai berkata serbuan bermula pagi semalam ekoran maklumat yang mengatakan para militan berada di kawasan itu.

Pasukan keselamatan menggesa para militan supaya menyerah diri, tetapi mereka enggan dan mula melepaskan tembakan dan pasukan keselamatan melepaskan tembakan balas, menurut Khan.

Beberapa senjata api, peluru dan pisau pencincang ditemui ketika serbuan itu, kata Mufti Mahmud Khan, jurucakap Batalion Tindakan yang terlibat dalam operasi itu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA