11 pasukan rebut Piala Aewon

11 pasukan rebut Piala Aewon

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mac – Sebanyak 11 buah pasukan bola keranjang akan beraksi untuk merebut gelaran Juara Piala Aewon yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei, Batu Bersurat, bermula 5 Mac nanti.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Brunei itu diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 yang membahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kumpulan A terdiri daripada Pasukan Juramas MEAC, Rotary, YTE, ANTS dan Kim Louk Hardware manakala Kumpulan B pula terdiri daripada pasukan Propel Services & Trading, DIGIMARK, Fuzhou Shiyyi, Hampatties Burger dan Buildcon Concrete.

Perlawanan pertama kejohanan itu dijadualkan untuk bermula pada hari pertama kejohanan bermula pukul 7 malam di Gelanggang Bola Keranjang Batu Bersurat.

Kejohanan itu dihasratkan selain daripada meningkatkan mutu permainan sukan bola keranjang tempatan juga dihasratkan untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat menerusi kegiatan sukan dan riadah.