11 pemberontak Kurdish, 3 pengawal terbunuh di Iran

11 pemberontak Kurdish, 3 pengawal terbunuh di Iran

TEHRAN, 28 Jun (AFP) – Seramai 11 pemberontak Kurdish dan tiga Pengawal Elit Revolusi Iran terbunuh dalam pertempuran berhampiran sempadan Iraq, lapor agensi berita Fars hari ini.

“Sekumpulan 11 pencegah revolusi berkaitan dengan Parti Demokratik Kurdistan Iran (KDPI), yang cuba untuk menyusup masuk ke negara itu telah dikesan…dan disingkirkan selepas 10 hari diburu di rantau Sarvabad,” kata Jeneral Mohammad Hossein Rajabi, komander Pengawal Revolusi di wilayah Kurdistan.

Tambahnya lagi, tiga anggota Pengawal Revolusi juga telah terbunuh.

Ia disusuli dengan laporan pada Ahad bahawa lima pemberontak telah terbunuh di rantau itu. Ia tidak jelas jika ia termasuk 11 orang yang dilaporkan mati itu hari ini.

Komander pasukan lapangan Pengawal Revolusi, Jeneral Mohammad Pakpour, turut memberi ancaman hari ini untuk melancarkan serangan rentas sempadan ke atas pangkalan pemberontak di utara Iraq.

ARTIKEL YANG SAMA