11 penghijrah lemas di luar pulau Greek

11 penghijrah lemas di luar pulau Greek

ATHENS, 9 Dis – Kira-kira 11 penghijrah, termasuk lima kanak-kanak, lemas dan sekitar 10 lagi hilang selepas bot mereka karam semalam di luar pulau Farmakonisi luar Greek, menurut polis maritim Greek hari ini.

Seramai 26 orang telah diselamatkan dan pencarian masih lagi dijalankan di tenggara Laut Aegean bagi mencari mangsa yang terselamat dari bot kayu yang karam.

Sebuah helikopter tentera Greek telah dikerahkan bersama sebuah kapal dari agensi sempadan Kesatuan Eropah, Frontex untuk membantu pencarian itu, kata mereka.

Yang maut itu termasuk dua wanita dan empat lelaki.

Para saksi mengatakan bot telah karam meskipun laut tenang dan tiupan angin sederhana.

Kelmarin, sekitar enam kanak-kanak meninggal dunia apabila sebuah bot membawa penghijrah Afghanistan karam di perairan Turki semasa dalam perjalanannya ke Greece.

Pengawal pantai Turki menemui mayat kanak-kanak, termasuk seorang anak damit, dan masih lagi mencari dua penghijrah lain yang dilaporkan hilang, menurut agensi berita rasmi Anatolia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA