11 produk beri kesan mudarat

11 produk beri kesan mudarat

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Tiga produk suplemen kesihatan dan lapan produk kosmetik yang dijual di negara ini telah didapati dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan selepas ujian makmal dijalankan oleh Bahagian Kawalan Mutu Ubat, Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan.

Produk-produk berkenaan ialah Red Ant Cream Tablet dan Hard Ten Days Capsule yang dicemari dengan Slidenafil, serta produk Tian Ma Du Zhong Wan Capsule yang dicemari dengan Cyproheptadine.

Manakala itu, lapan produk kosmetik tersebut ialah Layanaz Beauty Care Babies Blink 100% Original (krim berwarna putih) yang dikilangkan / diedarkan oleh Lyanaz Beauty Care; AZ Cosmetic 100& Original by AZMA-Night Cream (dari Malaysia); AZ Cosmetic 100& Original by AZMA-Day Cream (Malaysia); SP Super Special UV Whitening; K Brothers-Night Cream (Thailand); DNARS-Magic Day Cream (Sunblock)(Normal/Jeragat) dikilangkan / diedarkan oleh Rohban Trade Sdn Bhd; dan Clariderm-Astringent #3, 7 Days Whitening Night Cream (Clariderm, Manila, Philippines) yang mana kesemua produk ini dicemari dengan merkuri, manakala itu, produk AZ Cosmetic 100& Original by AZMA-Treatment Cream (Malaysia) dicemari dengan Hydroquinone dan Tretinoin.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya, hari ini, menyatakan bahawa bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

Menurut kenyataan itu, Sildenafil merupakan ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk yang memerlukan preskripsi doktor dan antara kesan-kesan sampingan apabila memakan ubat-ubat tersebut ialah merasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan dan pening.

AZMA-Night Cream, AZMA-Treatment Cream dan AZMA-Day Cream oleh AZ Cosmetic 100& Original.
AZMA-Night Cream, AZMA-Treatment Cream dan AZMA-Day Cream oleh AZ Cosmetic 100& Original.
Clariderm-Astringent #3, 7 Days Whitening Night Cream.
Clariderm-Astringent #3, 7 Days Whitening Night Cream.
DNARS-Magic Day Cream (Sunblock Normal/Jeragat).
DNARS-Magic Day Cream (Sunblock Normal/Jeragat).
Hard Ten Days Capsule.
Hard Ten Days Capsule.
K Brothers-Night Cream.
K Brothers-Night Cream.

Dalam kes-kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan.

Cyproheptadine pula digunakan untuk melegakan gejala-gejala alahan yang mempunyai beberapa kesan buruk termasuk merasa mengantuk, kelemahan otot, tekanan darah menurun, kabur penglihatan, kemurungan, meningkat selera makan dan menambah berat badan.

Sementara itu, merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007.

Penggunaannya dalam produk kosmetik dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan, yang mana tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh menyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan daripada pengguna, yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

Hydroquinone merupakan bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit dan ia dilarang sebagai bahan dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik).

Penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan perubahan warna kulit, hipersensitiviti, bahagian kulit yang disapu menjadi biru-hitam atau gelap serta boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Layanaz Beauty Care Babies Blink 100% Original (white-coloured cream).
Layanaz Beauty Care Babies Blink 100% Original (white-coloured cream).
Tian Ma Du Zhong Wan Capsule.
Tian Ma Du Zhong Wan Capsule.
Red Ant Cream Tablet.
Red Ant Cream Tablet.
SP Super Special UV Whitening.
SP Super Special UV Whitening.

Manakala itu, Trerinoin pula bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit dan dilarang sebagai bahan dalam produk kosmetik penjagaan kulit. Penggunaannya yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.

Kementerian Kesihatan telah membatalkan Surat Pengakuan Notifikasi bagi produk Clariderm-Astringent #3, 7 Days Whitening Night Cream, manakala itu, bagi produk selebihnya yang disebutkan, pihak kementerian tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan / atau mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut.

Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

Orang ramai yang telah membeli atau menggunakan produk-produk tersebut dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta-merta, dan jika mengalami kesan buruk serta merasa tidak sihat selepas memakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

Dalam pada itu, kementerian berkenaan sekali lagi mengingatkan orang ramai bahawa menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik di pasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di Kementerian Kesihatan, dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi $5,000 penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di talian 2393298 sambungan 208, menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan Farmasi, di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kampung Madaras, Mukim Gadong A.

ARTIKEL YANG SAMA