11 Rohingya melarikan diri dari tahanan

11 Rohingya melarikan diri dari tahanan

BANGKOK, 8 Jun (dpa) – Sejumlah 11 pendatang Rohingya melarikan diri dari kem penahanan kerajaan Thailand hari ini, setelah hampir seminggu bantahan daripada warga Rohingya di kem berlainan di selatan Thailand.

Dalam kalangan 11 orang yang telah melarikan diri dari kem wilayah Songkhla, 950 kilometer dari selatan Bangkok, enam orang berjaya diberkas sementara lima lagi masih bebas, menurut laporan akhbar tempatan.

Kem tersebut menyimpan lebih 100 Muslim Rohingya, antara seribu yang telah melarikan diri daripada puak majoriti Buddha di Myanmar mengatakan terdapat pembunuhan puak Rohingya besar-besaran di sana. Jika dijumpai di Thailand, pelarian ini akan ditahan akibat masuk secara haram.

Keadaan warga Rohingya telah menjadi tumpuan krisis serantau sejak puluhan kubur dijumpai si Selatan Thailand dijumpai bulan lepas yang mengandungi pelarian Rohingya, dan satu lagi tempat dijumpai di Malaysia.

Keadaaan warga Rohingya yang kini masih hidup dalam pelarian. – AFP
Keadaaan warga Rohingya yang kini masih hidup dalam pelarian. – AFP

Berikutan bantahan tersebut menyebabkan pihak kerajaan melumpuhkan rangkaian penyeludupan manusia, menyebabkan ribuan pendatang terbiar di kapal di pesisiran laut Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Warga Rohingya yang berada dalam tahanan kem Selatan Thailand menunjukkan bantahan kepada para petugas yang membantah mereka membawa beberapa makanan ke asrama mereka bagi menyambut hari kelepasan Islam selasa lalu.

Pelarian memotong bekalan elektrik dan cuba membuka pintu sebelum pihak polis dibawa masuk.

ARTIKEL YANG SAMA