11 tamat ikuti kursus asas pengadil

11 tamat ikuti kursus asas pengadil

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Kursus Asas Pengadil Kelas 3 anjuran PESTABARU dan BDNOC dan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah diadakan di Bilik Juri Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyampaikan sijil kepada peserta-peserta kursus seramai 11 orang itu ialah Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Polis Diraja Brunei, Supt Pang.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan daripada Presiden PESTABARU, Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran DSLJ Haji Abas. PESTABARU juga dijangka akan menganjurkan seminar sehari bagi mantan pengadil-pengadil ISTAF, pengadil-pengadil ASTAF Kebangsaan kelas 1, 2 dan 3. termasuk 11 orang yang mengikuti kursus asas berkenan pada 5 hingga 14 Ogos yang lalu.

Gambar ramai peserta-peserta kursus yang terlibat.
Gambar ramai peserta-peserta kursus yang terlibat.

ARTIKEL YANG SAMA