11 tentera maut serangan hendap di Afghanistan

11 tentera maut serangan hendap di Afghanistan

KABUL, 29 Jun (dpa) – Sekurang-kurangnya 11 anggota tentera terbunuh dalam serangan hendap oleh kumpulan pemberontak di barat Afghanistan, menurut pegawai kerajaan hari ini.

“Kumpulan pemberontak menyasarkan konvoi tentera di daerah Karukh pada petang semalam. Semua sebelas anggota tentera terbabit maut,” kata Ehsanullah Hayat, jurucakap gabenor bagi wilayah barat Herat.

Beliau berkata para pemberontak kemudian melarikan diri dari kawasan tersebut selepas serangan hendap berkenaan.

Tiada mana-mana kumpulan yang membuat pengakuan bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

Wilayah Herat sebelum ini jarang menjadi pusat pertempuran di antara pemberontak dan pasukan keselamatan Afghan.

Anggota tentera tambahan Afghan bersedia untuk menjalankan gerakan mengesan kumpulan pemberontak yang menyerang hendap konvoi tentera di barat Afghanistan. – AFP
Anggota tentera tambahan Afghan bersedia untuk menjalankan gerakan mengesan kumpulan pemberontak yang menyerang hendap konvoi tentera di barat Afghanistan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA