11 terbunuh kilang bunga api meletup

11 terbunuh kilang bunga api meletup

NEW DELHI, 5 Mei (dpa) – Sekurang-kurangnya 11 pekerja terbunuh apabila sebuah kilang bunga api meletup di negeri barat India Maharashtra, kata polis hari ini.

Seorang lagi cedera di kilang Eagle Fireworks di daerah Sangli pada petangs emalam, kata polis tempatan Prakash Nikam.

Letupan boleh kedengaran sehingga empat kilometer dari kilang, kata Nikam. “Serpihan juga bertaburan ke kawasan yang luas.”

Punca masih tidak diketahui.

Letupan secara tidak sengaja adalah kejadian biasa di kilang bunga api India, di mana standard   keselamatan sering diabaikan.

Pada 2012, 38 orang terbunuh dalam satu kebakaran di sebuah kilang bunga api di selatan negeri Tamil Nadu.

ARTIKEL YANG SAMA