11 wanita mengandung dijangkiti Zika

11 wanita mengandung dijangkiti Zika

BANDAR MEXICO, 1 Mac (Reuters) – Mexico telah mengesahkan 11 daripada sejumlah 121 kes mereka yang dijangkiti virus Zika telah dihidapi oleh wanita mengandung, menurut kerajaan kelmarin.

Kebanyakan kes yang dikenal pasti di negeri Chiapas dan Oaxaca selatan Mexico, menurut laporan kementerian kesihatan. Lapan daripada wanita mengandung itu dari Chiapas, dua daripada mereka dari Oaxaca dan seorang dari pantai Teluk negeri Veracruz, lapor kementerian kesihatan.

Jumlah kes wanita mengandung yang dijangkiti telah meningkat sejak pertengahan Februari, apabila kementerian kesihatan mengatakan terdapat 80 kes Zika telah disahkan, termasuk enam kes wanita mengandung. Tidak banyak yang diketahui mengenai Zika, termasuk sama ada virus itu sebenarnya menyebabkan mikrosefali, satu keadaan saiz kepala kecil yang boleh mengakibatkan masalah perkembangan.