110 sertai acara berbasikal

110 sertai acara berbasikal

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Lebih 110 orang penunggang basikal daripada Perumahan Mengkubau dan kawasan-kawasan berdekatan berkumpul di dalam acara Tunggangan Basikal pada waktu malam sejauh 13 kilometer di kawasan perumahan itu di Mukim Kota Batu, semalam.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya melepaskan barisan penunggang basikal yang terlibat ialah Pemangku Ketua Kampong Panchor, Mengkubau, Pengiran Haji Aliudin.

Sebagai kesinambungan kepada majlis tersebut, hari ini telah diadakan acara sukan bola sepak jalanan, bola jaring dan  skateboard.

Tampil juara dalam kedua-dua Kategori Junior dan Terbuka ialah Pasukan Liau Sebalah, sementara juara bagi sukan bola jaring ialah Pasukan Mixed Netters, di tempat kedua, Pasukan Muara Netters dan di tempat ketiga Pasukan A3 Netters.

Antara yang menyertai acara berbasikal tersebut. - Gambar MPK Perumahan Mengkubau
Antara yang menyertai acara berbasikal tersebut. – Gambar MPK Perumahan Mengkubau

ARTIKEL YANG SAMA