11,000 pesakit gigi terdedah HIV, hepatitis

11,000 pesakit gigi terdedah HIV, hepatitis

SYDNEY, 2 Julai (AFP) – Sehingga 11,000 pesakit gigi Australia diminta supaya berjumpa dengan doktor mereka hari ini ekoran kebimbangan mereka mungkin terdedah kepada HIV dan hepatitis berpunca pencabulan kebersihan di sebuah klinik di Sydney.

Jabatan Kesihatan New South Wales (NSW) berkata 12 doktor gigi daripada empat klinik dituduh melakukan amalan pembersihan dan pensterilan peralatan yang lemah dan menasihatkan pesakit supaya menjalani ujian darah untuk HIV serta Hepatitis A, B dan C sebagai langkah pencegahan.

Sementara pengarah perlindungan kesihatan Kesihatan NSW, Jeremy McAnulty berkata tidak ada kes yang ditemui setakat ini dan risiko penyebaran adalah rendah, timbulnya kebimbangan mengenai orang yang telah menjalani prosedur invasif terssbut.

“Adalah penting untuk menekankan bahawa kami tidak mempunyai bukti jangkitan pada masa ini, bahawa tidak adanya penyebaran yang telah berlaku,” kata beliau.

“Namun pakar berasa bimbang berdasarkan laporan masalah dengan kawalan jangkitan di klinik berkenaan, bahawa timbulnya risiko di sana.

Seorang pejalan kaki melepasi Klinik Gigi Gentle, salah sebuah klinik yang dituduh tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pensterilan mengikut prosedur ditetapkan. Gambar dirakam di Sydney pada 2 Julai 2015. – AFP
Seorang pejalan kaki melepasi Klinik Gigi Gentle, salah sebuah klinik yang dituduh tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pensterilan mengikut prosedur ditetapkan. Gambar dirakam di Sydney pada 2 Julai 2015. – AFP

“Kami berharap tidak terdapatnya penyebaran dan risiko dipercayai rendah tetapi adalah paling baik untuk orang mendapat tahu tentang status mereka disebabkan terdapatnya rawatan untuk jangkitan.”

Kebimbangan yang timbul adalah alat mungkin tidak dibersihkan dan disteril dengan betul, menimbulkan risiko penyebaran penyakit bawaan darah di gusi.

Kebimbangan dicetuskan oleh satu aduan mengenai salah satu amalan pada November tahun lalu dan siasatan selanjutnya mendedahkan pencabulan keselamatan “ketara” di klinik dan lain-lain, kata Shane Fryer daripada Majlis Pergigian NSW.

“Audit menunjukkan terdapatnya beberapa masalah dengan pembersihan, pensterilan dan simpanan peralatan di mana ia tidak dilakukan sejajar dengan garis panduan lembaga pergigian Australia,” kata beliau.

“Saya mahu memberi jaminan kepada orang awam terdapatnya garis panduan yang ketat berhubung dengan kawalan jangkitan, yang mesti dipatuhi oleh pengamal pergigian.