112 pelajar SASA khatam Al-Quran

112 pelajar SASA khatam Al-Quran

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Seramai 112 pelajar Tahun 8 Sekolah Arab Sungai Akar (SASA) telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Auditorium Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Gadong, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat, majlis anjuran Jabatan Al-Quran SASA itu ialah Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisyam bin Haji Masri yang turut memimpin bacaan surah Al-Fatihah di awal majlis, dan menyampaikan sijil kepada para pelajar yang diraikan.

Turut hadir ialah para pegawai Jabatan Pengajian Islam, pengetua-pengetua sekolah Arab, pegawai dan guru-guru SASA serta ibu bapa dan penjaga pelajar yang diraikan.

Sejurus selepas bacaan surah-surah khatam, takhtim Al-Quran dibacakan oleh pelajar Tahun 7 sebelum diteruskan dengan bacaan Doa Khatam Al-Quran dan laungan Zikir Marhaban juga oleh para pelajar Tahun 7.

Seramai 112 pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran.
Seramai 112 pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran.
Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar yang diraikan di majlis itu, baru-baru ini.
Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar yang diraikan di majlis itu, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar Tahun 8 yang telah khatam bacaan 30 juzuk Al-Quran dan memastikan semua pelajar mampu membaca Al-Quran dengan baik dan lancar.

Acara tahunan itu juga menjadi platform menjadikan Al-Quran sebagai amalan sepanjang hayat, dan menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan setiap pelajar dikhatamkan.

ARTIKEL YANG SAMA