1,125 graduan UBD dirai

1,125 graduan UBD dirai

Oleh Imelda Groves HA &

Mohammad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan mengurniakan sijil kepada seramai 1,125 graduan Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada Majlis Konvokesyen UBD ke-27, di Dewan Canselor UBD.

Pada majlis konvokesyen tahun ini, UBD mencatat sejarah apabila melahirkan 20 graduan Ijazah Doktor Falsafah yang mana jumlah ini meningkat daripada 12 orang pada tahun lalu.

Daripada jumlah graduan kali ini, seramai 379 adalah penerima Ijazah Sarjana, 664 Ijazah Sarjana Muda dan 62 lagi penerima sijil Diploma, dengan 73 daripadanya merupakan pelajar antarabangsa.

Graduan Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda menerima ijazah mereka pada sesi pagi, manakala graduan Sarjana Pendidikan, Sarjana Pengajaran, Diploma Lepasan Ijazah, Diploma Lanjutan dan Diploma menerima ijazah mereka pada sebelah petang.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berangkat pulang selepas Majlis Konvokesyen UBD, kelmarin.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berangkat pulang selepas Majlis Konvokesyen UBD, kelmarin.

pg04_150910_b

Baginda Sultan berkenan mengurniakan sijil ijazah kepada salah seorang graduan, Awang Sofyan Fahri bin Haji Sukri.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan sijil ijazah kepada salah seorang graduan, Awang Sofyan Fahri bin Haji Sukri.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan sijil ijazah kepada salah seorang graduan, Awangku Nuruddin bin Pengiran Haji Tejuddin.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan sijil ijazah kepada salah seorang graduan, Awangku Nuruddin bin Pengiran Haji Tejuddin.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan sijil ijazah kepada salah seorang graduan, Dayangku  Hajah Fatin Farhana binti Pengiran Haji Metassan.
Baginda Sultan berkenan mengurniakan sijil ijazah kepada salah seorang graduan, Dayangku Hajah Fatin Farhana binti Pengiran Haji Metassan.
Baginda Sultan berkenan dijunjung menandatangani gambar kenangan.
Baginda Sultan berkenan dijunjung menandatangani gambar kenangan.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama graduan-graduan UBD.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra bersama graduan-graduan UBD.
Para graduan yang gembira ketika bergambar dengan sijil masing-masing.
Para graduan yang gembira ketika bergambar dengan sijil masing-masing.

pg04_150910_j pg04_150910_k pg04_150910_l

Graduan-graduan yang menerima sijil kelmarin.
Graduan-graduan yang menerima sijil kelmarin.
Sekumpulan graduan bergambar ramai.
Sekumpulan graduan bergambar ramai.

Konvokesyen tahun ini menyaksikan kohort pertama graduan Sarjana Dasar Awam dan Pengurusan (MPPM), yang terdiri daripada graduan dari negara-negara yang mengambil bahagian dalam sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) iaitu Filipina, Singapura, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Rusia dan Brunei.

MPPM merupakan program jalinan bersama dengan beberapa institusi Pengajian Dasar Awam yang terkemuka di Amerika Syarikat.

Program disiplin yang unik ini menumpukan terhadap bidang polisi yang khas berkaitan dengan Negara Brunei Darussalam, iaitu Pentadbiran Islam, Dasar Tenaga dan Pengurusan serta Dasar Alam Sekitar dan Pengurusan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis tahun ini diserikan dengan Pameran Majlis Konvokesyen, di mana UBD Centre of Networking, Employment and Career Training (UBD CoNECT) dengan sokongan Pejabat Perhubungan dan Kemajuan Alumni (OARA) telah memperkenalkan laman web dan aplikasi telefon bimbit yang direka khusus bagi memperbaiki resume dan bagaimana untuk berjaya dalam mencari pekerjaan.

Menurut kenyataan UBD, tahun ini, UBD menduduki kedudukan universiti teratas di Asia bagi Mobiliti Pelajar dalam University Rankings Quacquarelli Symonds (QS).

UBD berada pada kedudukan pertama bagi Kategori Pelajar Outbound dan di tempat kedua dalam Kategori Pelajar Inbound.

Secara keseluruhan, kedudukan UBD telah jauh meningkat sebanyak 60 anak tangga, daripada kedudukan 171-180 tahun lepas kepada kedudukan 118 tahun ini.

UBD juga berada di tangga ke-6 bagi Kategori Fakulti Antarabangsa, tangga ke-14 bagi Kategori Pelajar Antarabangsa dan di kedudukan ke-23 bagi nisbah pelajar fakulti.

ARTIKEL YANG SAMA