113 derma darah

113 derma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Bersempena dengan Hari Penderma Darah Sedunia 2016, Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), semalam telah, mengadakan Kempen Derma Darah di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, Berakas.

Dengan tema ‘Darah Menghubungkan Kita Semua’, kempen itu merupakan salah satu kempen kesedaran mengenai pendermaan darah secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang imbalan.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, seramai 113 orang telah mendermakan darah yang kemudiannya digunakan untuk mereka yang memerlukan seperti pesakit-pesakit kecemasan, pesakit yang menjalani pembedahan, mangsa cedera parah, kelahiran anak damit pramatang, mangsa kemalangan, pesakit-pesakit kanser, leukemia, pesakit menghidap penyakit-penyakit darah dan pendarahan semasa melahirkan anak.

Antara yang tampil mendermakan darah.
Antara yang tampil mendermakan darah.

Kempen derma darah akan diteruskan dan diadakan pada 15 Jun 2016 di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan dan pada 18 Jun 2016 di Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, bolehlah menghubungi talian Darussalam 123 atau hubungi terus pusat tersebut di talian 2242424 sambungan 5745/6007.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan datang dan ikut serta kempen derma darah bagi sama-sama membantu pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan darah di samping membantu pusat ini meningkatkan stok-stok darah.

ARTIKEL YANG SAMA