114 terima Pingat Kerja Lama

114 terima Pingat Kerja Lama

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Pasukan Polis Diraja Brunei, pagi tadi, telah meraikan seramai 114 orang anggota yang telah berkhidmat selama 20 tahun dalam Majlis Penyampaian Pingat Kerja Lama bagi tahun 2015, di Dewan Serba Guna, Pusat Latihan Polis.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor yang turut menyempurnakan penyampaian pingat-pingat kepada anggota yang telah berkhidmat selama 20 tahun dalam pasukan dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

Staf. Sarjan   Muhd Hilipin bin Abdullah dan Staf. Sarjan   Jefri bin Abdullah Tangkai yang menerima pingat dalam majlis itu berkesempatan untuk berkongsi pengalaman mereka dengan media, dan berkata mereka yang mula berkhidmat bersama Pasukan Polis Diraja Brunei dalam skuad ketiga pada tahun 1994 telah menempuhi pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugas sebagai seorang anggota polis melebihi 21 tahun.

Dato Paduka Seri Haji Bahrin ketika menyampaikan pingat kepada salah seorang penerima.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin ketika menyampaikan pingat kepada salah seorang penerima.

pg04_160211_e

Staf. Sarjan   Jefri bin Abdullah Tangkai (kiri) dan Staf. Sarjan, Muhd Hilipin bin Abdullah antara yang menerima pingat pada majlis itu.
Staf. Sarjan Jefri bin Abdullah Tangkai (kiri) dan Staf. Sarjan, Muhd Hilipin bin Abdullah antara yang menerima pingat pada majlis itu.

Dengan penerimaan pingat ini, ia merupakan satu dorongan untuk menghargai apa yang mereka lakukan selama ini terhadap pasukan polis serta juga sebagai contoh dan semangat kepada anggota bawahan, ujar mereka.

ARTIKEL YANG SAMA