115 murid Darjah 6 khatamkan bacaan Al-Quran

115 murid Darjah 6 khatamkan bacaan Al-Quran

KUALA BELAIT, 7 Okt – Sebagai sebahagian daripada acara tahunan Jabatan Pengajian Islam, Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kuala Belait, kelmarin, mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6 sekolah berkenaan yang berlangsung di Dewan Persidangan Bandaran, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Jurutera Elektrik Daerah Belait, Awang Asrin bin Haji Mohd Salleh dan isteri.

Seramai 115 peserta khatam yang terdiri daripada 51 murid perempuan dan 64 murid lelaki telah mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran dan diraikan dalam majlis tersebut.

Majlis seumpamanya telah diadakan di negara ini sejak 1985 dan kini telah memasuki 31 tahun sejak ia diadakan.

Turut hadir ialah ibu bapa, penjaga, guru-guru dan para peserta khatam yang diraikan.

Antara peserta khatam Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kuala Belait.
Antara peserta khatam Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA