115,000 penumpang terjejas akibat mogok penerbangan Lufthansa

115,000 penumpang terjejas akibat mogok penerbangan Lufthansa

BERLIN, 24 Nov – Juruterbang syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa mogok kerja buat hari kedua berturut-turut hari ini, memaksa syarikat itu untuk membatalkan 912 penerbangan dengan lebih 115,000 penum-pang terkandas.

Syarikat itu sudah pun membatalkan hampir 900 penerbangan yang menjejaskan 100,000 penumpang kelmarin selepas juruterbang mogok berhubung bayaran gaji dan keadaan tempat bekerja.

Gangguan seterusnya dijangka berlaku pada Jumaat, ketika kesatuan Cockpit juruterbang telah menggesa bagi tindakan industri – kali ke-14 sejak 2014 – untuk diteruskan pada Jumaat apabila penerbangan jarak dekat dijangka akan turut mengalami insiden serupa.

Juruterbang Lufthansa mengadakan mogok bagi menuntut kenaikan gaji purata kira-kira 3.66 peratus setahun, yang diundurkan sejak lima tahun lalu.

Kesatuan mereka berkata juruterbang dapat bertahan dengan pembekuan gaji dari semasa ke semasa dan mengalami ‘kerugian besar kuasa beli’ disebabkan inflasi, sementara Lufthansa telah mengaut keuntungan berbilion dolar.

Ia telah menawarkan 2.5 pe-ratus kenaikan gaji.

Lufthansa telah menggesa kesatuan Cockpit untuk bekerja ke arah penyelesaian daripada menambah lagi masalah itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA