117 penghijrah diselamatkan

117 penghijrah diselamatkan

ATHENS, Greece, 12 Julai (Agensi) – Pengawal pantai Greece berkata seramai 117 penghijrah telah diselamatkan dari sebuah pulau timur Greece Zakintos selepas mengeluarkan satu panggilan kecemasan.

Pihak berkuasa Greece melancarkan operasi menyelamat itu semalam selepas menerima panggilan cemas. Sebuah pesawat tentera ternampak kapal tersebut di timur Zakinthos di Laut Ionian, kata pengawal pantai itu hari ini.

Sebuah bot penyelamat memindahkan penumpang-penumpang berkenaan ke sebuah kapal persiaran yang kebetulan melintasi kawasan tersebut, yang dijangka tiba ke pelabuhan tanah besar timur Greece lewat hari ini.

Puluhan ribu penghijrah telah tiba di Greece setakat tahun ini, selalunya di Pulau Aegean dari persisiran dekat Turki, yang telah mengejutkan pihak berkuasa tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA