118 anak yatim polis terima sumbangan

118 anak yatim polis terima sumbangan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Seramai 118 orang anak yatim warga Pasukan Polis Diraja Brunei telah menerima sumbangan derma pada majlis yang dianjurkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong, semalam.

Hadir menyampaikan derma-derma tersebut ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam dan isteri, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid.

Turut hadir ialah Penolong Pesuruhjaya Polis Kanan, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, pemangku timbalan pesuruhjaya polis dan para pegawai serta anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.

Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy dan isteri menyampaikan derma kepada para penerima.
Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy dan isteri menyampaikan derma kepada para penerima.

pg07_160620_b

Terdahulu, majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan daripada Badan Kebajikan dan Sukan Polis Diraja Brunei serta Persatuan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI).

ARTIKEL YANG SAMA