118 murid diraikan dalam majlis khatam

118 murid diraikan dalam majlis khatam

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Seramai 118 orang murid Darjah 6, Sekolah Ugama Beribi, Gadong diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran sesi petang yang telah berlangsung di Dewan Fathul Busyra, sekolah berkenaan, di sini, petang tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah ialah Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam, Dayang Hajijah binti Haji Moktal.

Majlis itu diteruskan lagi dengan bacaan surah-surah oleh para peserta khatam, disusuli dengan bacaan Takhtim dan juga Doa Khatam yang dipimpin oleh peserta khatam, Awang Kasyful Hadil Amin bin Nurin Almas.

Majlis diserikan lagi dengan bacaan dikir oleh murid-murid lelaki yang diselajurkan dengan acara merenjis minyak wangi kepada para peserta khatam oleh tetamu kehormat majlis, para jemputan dan ibu bapa.

Para peserta khatam yang diraikan.
Para peserta khatam yang diraikan.
Tetamu kehormat majlis semasa memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.
Tetamu kehormat majlis semasa memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.
Para jemputan dan ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.
Para jemputan dan ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.

Tetamu kehormat majlis juga turut menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta khatam.

Majlis Khatam Al-Quran ini adalah merupakan sebahagian daripada projek tahunan Jabatan Pengajian Islam yang bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menyertai khatam Al-Quran ini benar-benar telah mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran.

Selain itu, ia juga untuk menggalakkan murid-murid sentiasa membaca Al-Quran untuk memupuk rasa cinta dan kasih sayang terhadap Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA