12 anak damit 2016 dilahirkan

12 anak damit 2016 dilahirkan

Oleh Pg Fairol FMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Sambutan Tahun Baru 2016 nyata lebih ceria dan bermakna kepada pasangan suami isteri yang dikurniakan cahaya mata, terutamanya kepada pasangan yang pertama kali berstatus sebagai ibu dan bapa.

Seramai 12 orang anak damit dilahirkan pada 1 Januari 2016 hingga 5 petang ini sempena tahun baru di seluruh Negara Brunei Darussalam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 11 anak damit telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan seorang anak damit dilahirkan di Hospital Suri Seri Begawan di Daerah Belait.