12 askar Mesir maut dalam serangan Sinai

12 askar Mesir maut dalam serangan Sinai

KAHERAH, 14 Okt – Satu serangan ke atas tempat pemeriksaan tentera Mesir telah membunuh 12 askar dan mencederakan enam yang lain hari ini di Semenanjung Sinai tempat pasukan keselamatan dan kumpulan jihad bertempur, menurut tentera.

Beberapa peluru mortar telah ditembakkan ke pos tentera, kata pegawai polis dan paramedik kepada AFP.

Jurucakap tentera berkata dalam satu kenyataan yang askar-askar bertempur dengan para penyerang di utara Sinai.

“Elemen-elemen pengganas menyerang tempat pemeriksaan di utara Sinai. Pertempuran itu mengakibatkan 12 askar maut dan mencederakan enam yang lain,” menurut kenyataan.

Katanya lagi ‘15 pengganas juga terbunuh’.

Jumlah pada awalnya yang diberi oleh sumber perubatan dan keselamatan berkata kira-kira sembilan askar terbunuh.

Serangan itu berlaku di kawasan Bir al-Abd barat El-Arish, bandar wilayah Utara Sinai, kata para pegawai. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA