12 bakal haji diraikan

12 bakal haji diraikan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Kementerian Kewangan, hari ini, telah meraikan seramai 12 orang pegawai dan kakitangannya yang akan menunaikan fardu Haji pada tahun ini dalam Majlis Doa Selamat yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan, di Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang dikendalikan oleh Jabatan Perbendaharaan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Siti Radhiah binti Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar Pengiran Anak Haji Mohd Yusof; Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah, setiausaha-setiausaha tetap, pengarah urusan Autoriti Monetari Bunei Darussalam, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, para pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Siti Radhiah ketika menghadiri majlis meraikan bakal haji Kementerian Kewangan.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Siti Radhiah ketika menghadiri majlis meraikan bakal haji Kementerian Kewangan.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bakal haji.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bakal haji.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh penceramah jemputan, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Haji Sammali bin Haji Adam dan disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Pemangku Jurukira Agung, Dayang Norliah binti Haji Kula.

Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian ceramah khas bertajuk ‘Persediaan Ke Arah Haji Yang Mabrur’ dan penyampaian derma kepada bakal-bakal jemaah Haji yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

ARTIKEL YANG SAMA