12 bulan penjara akibat mencuri

12 bulan penjara akibat mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151026_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Kerana ingin membayar hutang, seorang lelaki tempatan menerima padahnya apabila dijatuhi penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan mencuri satu beg tangan.

Mohammad Jefri bin Bagol, 40, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin.

Kertas pertuduhan menyebut, pengawal keselamatan di Hospital RIPAS menerima aduan daripada seorang pengunjung hospital (pengadu) mengenai kehilangan satu beg tangan pada 22 Oktober kira-kira jam 1:45 pagi.

Pengadu memberitahu dia meletakkan beg tangannya di atas kerusi di luar bilik bedah ketika bercakap dengan seorang pakar bedah.

Beg tangan itu kemudian ditemui di kawasan tingkat bawah tanah namun isi kandungannya berupa wang $100, RM$552, Yuan$50, tiga dompet, telefon bimbit dan jam tangan telah hilang.

Ketika membuat pemeriksaan di sekitar Hospital RIPAS, pengawal keselamatan terlihat tertuduh tidur di kawasan pembinaan berdekatan.

Tertuduh kemudian ditahan apabila barang yang hilang itu ditemui dalam beg galasnya.

ARTIKEL YANG SAMA