12 das tembakan menandakan Ramadan berakhir

12 das tembakan menandakan Ramadan berakhir

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Sebanyak 12 das tembakan meriam dilepaskan petang tadi bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan dan permulaan bulan Syawal pada keesokkan hari.

Tembakan yang dilepaskan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara itu melibatkan 12 anggota polis tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Pemerintah Polis Tentera ABDB, Mejar Hamdan bin Haji Rauf.

Dua belas das tembakan dilepaskan bagi menandakan berakhirnya Ramadan.
Dua belas das tembakan dilepaskan bagi menandakan berakhirnya Ramadan.

ARTIKEL YANG SAMA