12 hilang bot karam di Papua

12 hilang bot karam di Papua

JAKARTA, 27 Jun (AFP) – Seramai 12 orang hilang selepas sebuah bot karam dalam ribut taufan di pesisir wilayah paling utara Indonesia, Papua, kata seorang pegawai hari ini.

Motobot itu dalam perjalanan dari pulau Biak ke pulau berhampiran Numfor ketika ia terbalik, menurut pegawai mencari dan menyelamat Albert Wenno kepada AFP. “Kami percaya kapal itu dilanda ombak besar kerana cuaca ekstrem,” katanya.

Terdapat enam anggota krew dan tujuh penumpang dalam bot semasa kejadian berlaku. Seorang daripadanya berjaya berenang ke tebing dan keletihan, namun dalam keadaan baik, kata Wenno.

Anggota pasukan pencari dan menyelamat Indonesia mengadakan taklimat ringkas sebelum pencarian di Biak, 27 Jun. Dua belas orang hilang selepas sebuah bot karam dalam ribut taufan di perairan pesisir paling utara Indonesia, di wilayah Papua, menurut pegawai. – AFP

Bot itu juga membawa penghantaran beras untuk diagihkan kepada penduduk di pulau pedalaman Numfor yang terletak di utara pulau utama Papua.

Bot itu tidak jauh dari Numfor ketika ia karam dan penyelamat memfokuskan pencarian sekitar pulau.

ARTIKEL YANG SAMA