12 jurulatih terima sijil kursus mengawal gawang tahap 1

12 jurulatih terima sijil kursus mengawal gawang tahap 1

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Seramai 12 orang yang menyertai Kursus Kejurulatihan Mengawal Gawang Tahap 1 AFC bermula 3 September hingga hari ini telah menerima sijil kehadiran masing-masing pada akhir petang ini.

Menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian sijil kepada 11 jurulatih tempatan dan seorang jurulatih dari Singapura berkenaan ialah Ahli ExCo Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), Haji Miramit bin Haji Damit sambil diiringi pemudahcara kursus, Instruktor AFC, Haroon Al Bartamani dari Oman.

Di sepanjang kursus berkenaan, para peserta telah mempelajari teknik dan kemahiran asas latihan mengawal gawang, pemanasan badan, percubaan gol, 1-Lawan-1, menangani hantaran jauh ke dalam dan hantaran lintang, serta analisis persembahan sebelum dan selepas perlawanan.

Haji Miramit (duduk tiga kanan) dan Haroon (duduk tiga kiri) bersama para peserta kursus dan ahli-ahli ExCo NFABD yang hadir.
Haji Miramit (duduk tiga kanan) dan Haroon (duduk tiga kiri) bersama para peserta kursus dan ahli-ahli ExCo NFABD yang hadir.

Para peserta turut didedahkan kepada tajuk-tajuk berkaitan perubatan sukan dan persediaan mental ke arah lebih mempersiap para peserta.

Di akhir kursus, para peserta telah dinilai melalui ujian amali dan teori.

Hadir sama ke yang berlangsung majlis di Bilik Serbaguna, NFABD House berkenaan ialah Pengarah Pertandingan NFABD, Awang Dayem bin Haji Ali, Jurulatih Kakitangan Kanan NFABD, Awang Stephen Ng, ahli-ahli ExCo dan kakitangan NFABD.

ARTIKEL YANG SAMA