12 kumpulan seludup manusia ditahan

12 kumpulan seludup manusia ditahan

VIENNA, 13 Nov (Reuters) – Dua belas anggota kumpulan pemerdagangan manusia, yang menjadikan rakyat Afghanistan dan Syria mangsa utama ditahan dan waran antarabangsa dikeluarkan untuk lima yang lain, kata polis Austria dalam kejayaan terkini membanteras penyeludupan manusia.

Kumpulan terbabit menyeludup kira-kira 1,800 orang daripada ibu negara Serbia, Belgrade melalui Hungary untuk di bawa masuk ke Austria antara Februari dan September.

Ketua Polis Wilayah Lower, Austria, Franz Prucher berkata, kepada media pada sidang akhbar, kebanyakan mereka terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak Syria dan Afghanistan.

“Ini adalah salah satu kejayaan terbesar kami dan kebanyakan mereka yang ditahan adalah warga Serbia yang sudah menetap lama di Austria.

Mereka menjalankan kerja dengan penuh teratur, mereka menyewa rumah pangsa di Vienna untuk dijadikan persinggahan.

“Sepuluh lelaki dan wanita pesara ditahan di Austria manakala seorang lagi ditahan di Greece,” kata jurucakap polis.

Pada Ogos lalu, penemuan 71 mayat pelarian dibuang di dalam sebuah trak yang ditinggalkan di lebuh raya Austria mengejutkan dan membangkitkan kemarahan terhadap kumpulan penyeludup yang meminta bayaran selepas menabur janji kepada pelarian yang mahu masuk ke barat Eropah.

Dalam tempoh beberapa bulan, Hungary menjadi salah sebuah negara persinggahan yang paling banyak dimasuki pelarian dengan hampir 400,000 merentas negara terbabit dalam tahun ini.