12 laporan mengenai kebakaran semak

12 laporan mengenai kebakaran semak

SIBU, 5 Julai (Bernama) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak menerima 12 laporan mengenai kebakaran semak membabitkan kawasan seluas lebih 14 hektar di pelbagai lokasi di seluruh negeri ketika keadaan cuaca terus panas dan kering, hari ini.

Ketika dihubungi menerusi ‘WhatsApp’, Penolong Pengarah Operasinya, Farhan Sufyan Borhan berkata kebanyakan kes membabitkan pembakaran spontan.

Di Kuching, kebakaran semak berlaku di Jalan Kumpang Lorong 3, Batu Lintang; Jalan Matang Batu 5, Petra Jaya; Kampung Stass di Bau; dan di dua lokasi di Jalan Dato Mohamad Musa di Kota Samarahan.

Di Sibu, kebakaran berlaku di Lorong Kiew Mang, Pulau Li Hua dan Old gaya Road.

Kebakaran lain dilaporkan di Taman Negara Similajau dan Jalan Sap di Tatau sementara satu kes dilaporkan di Kampung Penat di Mukah.

Kira-kira 80 hektar hutan dipercayai terjejas disebabkan kebakaran yang berlaku pada Jumaat dekat sempadan Malaysia-Brunei.