12 maut, 2 hilang di tapak pembinaan runtuh

12 maut, 2 hilang di tapak pembinaan runtuh

GUANGZHOU, 13 April (Xinhua) – Seramai 12 orang maut dan dua yang lain masih hilang apabila struktur sementara di tapak pembinaan runtuh selepas dilanggar oleh sebuah kren pada pagi hari ini di Wilayah Guangdong selatan China.

Para pegawai tempatan mengatakan kemalangan berlaku sekitar 5:40 pagi di Perbandaran Mayong, Dongguan, dan kawasan yang luasnya kira-kira 200 meter persegi itu telah diliputi oleh struktur yang runtuh, yang mana para pekerja kelihatannya telah gunakan sebagai tempat tinggal.

Pada 1:30 petang, 14 orang telah ditarik keluar dari runtuhan dikejarkan ke hospital, menurut pejabat maklumat bandar itu. Pada kenyataan awal yang dikeluarkan pejabat itu mengatakan seramai 69 orang berjaya melarikan diri daripada struktur itu ketika ia hendak runtuh.

Siasatan awal menunjukkan kren itu telah ditiup angin kencang.

Lebih 200 ahli bomba masih lagi mencari mereka yang terkubur, dan 40 jentera bomba telah dikerahkan.

ARTIKEL YANG SAMA