12 maut, 50 cedera tanah runtuh di Myanmar

12 maut, 50 cedera tanah runtuh di Myanmar

YANGON, 24 Mei (AFP) – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam runtuhan tanah di rantau perlombongan jed terpencil di utara Myanmar dengan lebih ramai lagi yang dikhuatiri hilang, kata pihak berkuasa hari ini, kejadian terbaru yang melanda industri itu.

Penduduk tempatan dan pegawai sedang mencari mayat selepas benteng tanah yang tidak stabil runtuh ketika hujan lebat pada malam semalam di bandar Hpakant di negeri Kachin, kawasan perang yang membekalkan permintaan besar untuk batu berharga dari negara jiran China.

“Kami telah menemui 12 mayat setakat ini. Apabila runtuhan tanah berlaku, kira-kira 50 orang sedang mencari batu jed,” beritahu Nilar Myint, pegawai tempatan dari Hpakant, kepada AFP.

“Hujan lebat telah turun sepanjang malam,” tambah beliau.