12 maut, bangunan kilang kasut runtuh

12 maut, bangunan kilang kasut runtuh

BEIJING, 5 Julai (AFP) – Kira-kira 12 orang meninggal dunia apabila sebuah kilang kasut runtuh di timur China, lapor media kerajaan hari ini, dengan lebih daripada 40 pekerja dikejarkan ke hospital selepas diselamatkan.

Lebih 51 pekerja berada di dalam bangunan di bandar Wenling di wilayah Zhejiang apabila ia runtuh malam semalam, lapor China Central Television (CCTV) milik kerajaan dan agensi berita rasmi Xinhua, China.

Laporan itu menambah bahawa sejumlah tiga puluh tiga orang mengalami cedera, empat daripada mereka serius, sembilan yang lain berjaya menyelamatkan diri manakala tiga yang lain belum diketahui.

Xinhua mengatakan punca runtuhan masih lagi disiasat.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki telah dibawa menggunakan usungan dalam apa yang kelihatannya adalah pegawai polis, sementara para penyelamat dan kakitangan lain berdiri di atas runtuhan.

Para penyelamat mencari mangsa di celah-celah runtuhan bangunan di Wenling, timur wilayah Zhejiang, China. – AFP
Para penyelamat mencari mangsa di celah-celah runtuhan bangunan di Wenling, timur wilayah Zhejiang, China. – AFP

Bangunan runtuh dan kemalangan industri lainnya bukan perkara luar biasa di China, di mana kebanyakan struktur dan kemudahannya sudah uzur, prosedur keselamatan yang tidak ketat dan pembinaan semula yang tidak mengikuti pertumbuhan ekonomi negara itu.

Pemerhati keselamatan tertinggi China pada Mei menyalahkan pembinaan tidak berkualiti dan standard keselamatan lemah semasa berlakunya kebakaran di rumah penjagaan yang mengorbankan 38 orang.

Pada April, hampir 30,000 orang telah dipindahkan selepas kebakaran meletus di sebuah loji kimia China yang marak menyala sehingga hampir 50 jam sebelum kebakaran itu akhirnya berjaya dikawal.

Dan pada November, kebakaran berlaku di lombong arang timur laut China telah membunuh 26 pekerja, dalam sebuah industri yang mudah terdedah kepada kemalangan di negara itu.

ARTIKEL YANG SAMA