12 maut dalam banjir Algeria

12 maut dalam banjir Algeria

ALGIERS, 18 Sept (AFP) – Hujan mencurah-curah di selatan Algeria telah mengakibatkan 12 orang terkorban, termasuk sembilan warga asing, menurut unit perlindungan awam negara hari ini.

Mayat-mayat itu dikumpulkan oleh ejen perlindungan awam selepas hujan lebat mencetuskan banjir awal pagi kelmarin di bandar Tamanrasset, di selatan Algeria, menurut agensi berita APS.

Menurut pihak berkuasa perlindungan awam, tiga mangsa adalah warga Algeria, sementara sembilan yang lain berasal dari Afrika, namun kerakyatan mereka belum dipastikan.

Persatuan krisis telah ditubuhkan di Tamanrasset untuk menangani kejadian selepas hujan lebat itu yang juga menyebabkan bekalan elektrik terputus.

ARTIKEL YANG SAMA