12 maut dalam lombong di China

12 maut dalam lombong di China

BEIJING, 7 Mac (AFP) – Dua belas orang terbunuh dalam kemalangan lombong arang batu di China, media tempatan melaporkan, iaitu kejadian terbaru dalam industri yang dikenali berbahaya di negara itu.

Gas arang batu membanjiri lombong batu arang di Baishan, wilayah timur laut Jilin, telah membunuh pelombong, kata perkhidmatan berita rasmi Xinhua.

Seorang berjaya diselamatkan dan punca kemalangan pada hari Ahad itu masih dalam siasatan.

Piawaian keselamatan industri sering dilanggar di China walaupun insiden maut kerap berlaku.

China adalah pengeluar arang batu yang terbesar di dunia dan kemalangan lombong arang batu telah membunuh 931 orang pada tahun 2014, menurut data rasmi.

Kerajaan mengatakan jumlah kematian semakin berkurangan, tetapi beberapa kumpulan hak yang lain berkata angka sebenar adalah jauh lebih tinggi kerana dengan kurangnya laporan dibuat.

ARTIKEL YANG SAMA