12 maut dalam nahas pesawat PNG

12 maut dalam nahas pesawat PNG

SYDNEY, 14 April (AFP) – Seramai 12 orang, termasuk seorang warga Australia, terbunuh apabila sebuah pesawat ringan terhempas ketika hendak mendarat di Papua New Guinea, menurut laporan hari ini.

Pesawat udara itu terbang di kawasan berceranggah di barat negara Pasifik pada petang Rabu apabila enjinnya gagal berfungsi pada pertengahan udara, mengakibatkannya jatuh menjunam, menurut Syarikat Penyiaran PNG.

Ia terhempas ke dalam paya tidak jauh lapangan terbang kecil Kiunga.

Penyiaran itu mengatakan tiga kanak-kanak di antara mereka yang terkorban sementara media Australia mengatakan seorang warga Australia yang menaiki pesawat itu adalah juruterbang.

Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Australia mengesahkan seorang daripada rakyatnya menaiki penerbangan Sunbird Aviation dan ia terhempas ketika hendak mendarat di Kiunga.

ARTIKEL YANG SAMA