12 militan terbunuh dalam pertempuran dengan polis

12 militan terbunuh dalam pertempuran dengan polis

ISLAMABAD, Pakistan, 23 Feb (NNN) – Sekurang-kurangnya 12 suspek militan terbunuh dan dua anggota polis cedera dalam kejadian tembak menembak antara pemberontak dan polis di bandar pelabuhan selatan Pakistan, Karachi pada malam Isnin, kata pegawai.

Rao Anwar, Polis Kanan Penguasa, berkata mereka melancarkan serbuan di tempat persembunyian kumpulan militan disyaki yang mana maklumat mereka itu diperolehi dari dari beberapa mereka yang ditangkap pada awal minggu lepas di bandar itu.

Beliau berkata dalam serbuan itu, anggota militan melepaskan tembakan ke arah polis, membawa mereka ke dalam pertempuran tembak menembak di kawasan Malir Karachi, ibu kota wilayah selatan Sindh.

Lapan militan terbunuh dalam kejadian tembakan itu manakala empat yang lain melarikan diri, kata Anwar. Militan yang melarikan diri itu dikejar dan dibunuh oleh pihak polis, katanya.

Beliau berkata bahawa kumpulan militan yang dibunuh dipunyai oleh anggota yang diharamkan, Lashkar-e-Jhangvi, iaitu kumpulan pelampau militan Sunni dan Tehrik-e-Taliban Pakistan. Polis juga menemui senjata dan peluru dari militan yang terbunuh itu.

Anggota polis yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan yang mana keadaan mereka dikatakan stabil.

ARTIKEL YANG SAMA