12 Muslimah khatam Al-Quran

12 Muslimah khatam Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Seramai 12 orang Muslimah Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia, kelmarin, telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran bersempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1437/2015M yang diadakan di masjid berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Ketua Kampung Setia ‘A’, Hajah Hidup binti Haji Mokti. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Kanan Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Alizah binti Pengiran Haji Mohd Tahir, Muslimah Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Muslimah Balai Ibadat Kampung Saba, ahli-ahli jawatankuasa, para pegawai masjid dan ahli keluarga Muslimah Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia.

Majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Bilal Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia, Awang Mohammad bin Rosdin dan seterusnya diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad oleh para peserta khatam.

Para peserta khatam bergambar ramai bersama tetamu kehormat, isteri ketua Kampung Setia A, Hajah Hidup
Para peserta khatam bergambar ramai bersama tetamu kehormat, isteri ketua Kampung Setia A, Hajah Hidup

Majlis diserikan lagi dengan bacaan Tahtim oleh Beliawanis Kampung Setia ‘A’ dan ‘B’ serta bacaan doa khatam oleh salah seorang wakil Muslimah, Dayang Aji binti Haji Piut.

Kemudian, majlis dimeriahkan dengan laungan dikir oleh guru dan murid-murid Sekolah Ugama BPUK Awang Haji Umar sebelum diteruskan dengan penyampaian sijil khatam dan merenjis minyak wangi kepada para peserta khatam dan penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA