12 orang disahkan mati dalam tanah runtuh

12 orang disahkan mati dalam tanah runtuh

BEIJING, 17 Ogos (dpa) – Para penyelamat telah mendapati 12 mayat dan sedang melanjutkan pencarian 52 orang lagi yang masih hilang selepas runtuh lumpur melanda komuniti perlombongan di barat laut China, media tempatan melaporkan hari ini.

Kebanyakan mayat telah dijumpai kelmarin dan awal pagi ini ketika sukarelawan menolong para penyelamat mengorek melalui runtuhan yang melebihi puluhan asrama dan tiga rumah di sebuah kampung di wilayah Shaanxi, agensi berita Xinhua melaporkan.

Sepuluh orang berjaya melepaskan diri dan empat lagi berjaya dikorek keluar daripada serpihan selepas tanah runtuh itu melanda baru-baru ini, Xinhua melaporkan kelmarin.

Orang-orang yang masih hilang termasuk tujuh kanak-kanak dalam lingkungan umur 6 atau lebih muda, termasuk anak damit perempuan 8 bulan, menurut akhbar People’s Daily.

ARTIKEL YANG SAMA