12 pasukan meneruskan cabaran

12 pasukan meneruskan cabaran

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Sebanyak 12 buah pasukan sudah menempah kedudukan dalam pusingan seterusnya kejohanan futsal dalam Sukan Ria Antara Syarikat 2016 sejak dilancarkan pada hari Ahad lalu.

Dalam Kumpulan A Pasukan Suzira Contractor Gah berada di persada kumpulan dengan mencatat tiga menang, satu seri dan tanpa kalah meninggalkan Pasukan Telekom Brunei Berhad di tempat kedua selaku pengiring ke peringkat seterusnya.

Pasukan Jerudong Park Medical Centre (JPMC) pula berada di puncak Kumpulan B apabila mencatatkan rekod tanpa kalah meninggalkan Pasukan BIACC di tempat kedua sementara Pasukan Jabatan Buruh A pula mengiring Pasukan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) ke peringkat seterusnya apabila berada di tempat kedua Kumpulan C.

Sementara itu, QAF Sdn Bhd A mengungguli Kumpulan D setelah mencatat empat kemenangan untuk berada di puncak kumpulan di hadapan Pasukan Jabatan Buruh B di tempat kedua dan dalam Kumpulan E pula menyaksikan Pasukan Bank Baiduri B diikuti Pasukan Darussalam Assets Sdn Bhd melangkah maju ke peringkat seterusnya.

Antara aksi dalam perlawanan kelmarin.
Antara aksi dalam perlawanan kelmarin.

Dalam saingan Kumpulan F pula, dua lagi pasukan yang turut melangkah ke peringkat seterusnya iaitu Pasukan Sprintel Sdn Bhd dan Pasukan Takaful Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA