12 pasukan meriahkan Tarik Kalat Tradisi

12 pasukan meriahkan Tarik Kalat Tradisi

Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Kejohanan Tarik Kalat Tradisi sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 berlangsung meriah dengan penyertaan 12 pasukan di Padang Haji Sir Omar Ali Saifuddien, semalam.

Kategori A dimenangi oleh pasukan Chain Block, tempat kedua dimenangi oleh pasukan EWC Seri Kandi dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Polis Diraja Brunei. Kategori B dimenangi oleh Pasukan Chain Block, tempat kedua dimenangi oleh pasukan EWC Seri Kandi dan tempat ketiga dimenangi oleh MB Athlete. Juara Kategori C pula ialah Pasukan EWC Seri Kandi, tempat kedua dimenangi oleh Chain Block dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan MB athlete.

Setiap pasukan yang menjuarai tiap-tiap kategori akan memasuki pusingan saringan pada 19 Ogos untuk menyertai pusingan akhir kecuali Kategori B yang akan dipertandingkan semasa Majlis Bercemar Duli bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam pada 22 di Kuala Belait nanti.

Dua pasukan sedang berentap dalam pertandingan tarik kalat semalam.
Dua pasukan sedang berentap dalam pertandingan tarik kalat semalam.

ARTIKEL YANG SAMA