12 PATI ditahan di Tawau

12 PATI ditahan di Tawau

TAWAU, 4 April (Bernama) – Jabatan Imigresen Tawau menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) hari ini.

Ketua Pejabat Imigresen Tawau Noraini Rasi berkata dalam operasi di beberapa kawasan pembinaan di KM4.8 Jalan Sin On, KM3.2 Jalan Apas, dan pesisir pantai Batu-Batu Sabindo dari 8 pagi hingga 1 tengah hari, seramai 134 individu diperiksa pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan, seramai enam lelaki Indonesia, lima lelaki Filipina dan seorang wanita Filipina ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Kesemua mereka berumur 17 hingga 50 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noraini meminta orang ramai memaklumkan kepada Jabatan Imigresen jika mengetahui lokasi PATI berada atau bersembunyi.