12 pelajar cedera, lelaki senjata lepas tembakan

12 pelajar cedera, lelaki senjata lepas tembakan

KANO, Nigeria, 8 Mei (AFP) – Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di luar sebuah sekolah hari ini di bandar Potiskum timur laut Nigeria, mencederakan 12 pelajar di kawasan yang sering kali disasarkan oleh Boko Haram, menurut saksi dan pegawai polis.

“Kami telah memindahkan 12 orang yang mengalami cedera tembakan senjata yang serius ke hospital dari tempat kejadian penembakan,” menurut seorang pegawai.

Kebanyakan para pelajar di Kolej Pengajian Perniagaan dan Pentadbiran (CABS) di Potiskum, negeri Yobe, mengatakan penyerang bersama bahan letupan yang dipasang pada badannya telah meletupkan dirinya apabila dia kehabisan peluru, namun letupan itu tiada mengakibatkan sebarang kecederaan lain.

Berikutan gelombang serangan di bandar itu, termasuk sebuah sekolah dan maktab-maktab, para pelajar di CABS harus melalui pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki kampus.

Lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah para pelajar yang menunggu di pagar untuk diperiksa sejurus selepas 8 pagi (0700 GMT), menurut saksi.

“Kami baru saja memulai kelas apabila kami mendengar tembakan senjata muncul dari arah pagar dan kami segera menyedari yang kami telah diserang yang membuatkan kami segera berlari keluar dari kelas,” kata pelajar, Tijjani Musa. Menurut pelajar lain, Mustapha Umar, lelaki bersenjata berjaya masuk ke pagar di tengah-tengah huru-hara yang meletus selepas dia mula menembak.

“Dia melepaskan tembakan sekali-skala,” namun dikejar oleh sekumpulan pelajar yang cuba untuk menangkapnya,” kata Umar.

“Apabila dia kehabisan amunisi dia meletupkan bahan letupan di dalam bajunya, membunuh dirinya sendiri namun tiada orang awam mahupun pelajar yang cedera,” Umar memberitahu AFP.